incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Friday, June 4, 2010

..:: marilah bermain.. yeehaaaww!! ::..

ok.. saya akui, saya memang hantu internet.. hari-hari saya akan melayari internet.. dan saya memang selalu sangat menggunakan kemudahan laman sosial (saya translate dari perkataan social page) muka buku (yang mana saya translate dari perkataan facebook).. bukannya apa, saya juga mempunyai akaun friendster, tagged, myspace, dan lain-lain tetapi saya lebih gemar untuk menggunakan aplikasi laman sosial mukabuku ini kerana 3 sebab.. pertamanya, saya suka.. kedua, saya memang suka.. ketiga, dah saya suka, saya bukaklah mukabuku ini.. hihihi~.. ok lah, saya serius.. senang saja, kerana mukabuku ini mempunyai user interface (saya tak tahu nak translate jadi apa) yang sangat mesra atau saya lebih gemar kata sebagai friendly.. kikiki~..

selain itu, saya bukak mukabuku ini kerana saya gemar bermain permainan yang ditawarkan di mukabuku ini.. berbagai-berbagai jenis permainan dapat dimainkan di sini.. di sini, saya lampirkan beberapa jenis permainan yang saya selalu mainkan apabila saya berada di atas talian.. di atas talian..?? ish.. maksud saya, online.. susah betul laaahh anda ni.. hihihihi~..

bowling buddies - saya ni bukanlah pemain bowling yang bagus, tapi bolehlah kalau setakat nak baling-baling bola ni.. bukan susah pun.. baling je lah, pakai tetikus je pun.. kalau semasa kawal tetikus tuh tiba-tiba melatah "opocot mak kau pergi pasar menggatal dengan apek jual ikan", memang ke longkanglah jawabnya bola itu.. tengok ranking tuh, saya nombor 4 taw.. kewl kan..?? hihihi~..

seterusnya, saya juga akan merancakkan perniagaan restoran saya ketika bermain restaurant city.. memang best, terasa macam mengendalikan restoran sendiri pula.. yang best lagi sebab saya dapat suruh kawan-kawan saya jadi pencacai saya di sini.. padan muka mereka.. kikikiki~.. fuh, lepas ni bolehlah saya buka restoran sendiri.. dan saya mula berangan..

selain itu, saya juga akan mengusahakan ladang yang saya ada hasil dari tanah pusaka turun temurun yang telah diberikan kepada saya dalam permainan farmville.. seronok sungguh saya bermain permainan ini.. hal ini kerana, walaupun saya mengusahakan ladang yang besar, dan ternakan yang banyak, tetapi di dalam itu, saya tetap tersenyum lebar, tidak berpeluh pun saya, tetap maintain (yang ini pun saya tak tahu macam mana nak translate).. pulangan juga lumayan.. lihatlah duit saya itu, saya sudah jutawan dengan berladang sahaja.. anda bila lagi..?? hihihi..

ha, saya juga mempunyai bandar sendiri.. saya juga menguruskan bandar saya sendiri di social city, dan ini bermakna, saya yang merancang pembangunan bandar yang saya mahukan ini.. ada balai polis, balai bomba, pasaraya, pusat boling, pawagam dan sebagainya.. jangan risau, polis saya tidak akan menembak orang awam sewenang-wenangnya.. jadi, saya telahpun mewujudkan suasana yang aman, tenteram dan selesa untuk didiami.. fuh, besar juga jasa saya kepada mereka.. kikiki~..

saya juga mempunyai binatang peliharaan yang saya bela di petville.. sangat seronok, tengoklah, comel bukan..?? untuk perhatian, itu merupakan bilik tidur beliau.. cantik dan selesa bukan..?? ada tv, pemain dvd dan sebagainya yang tidak dapat saya bgtahu di sini.. oh ya, beliau ada minta psp, tapi saya belum belikan lagi.. saya tak mahu manjakan beliau sangat.. tapi saya tahu, saya seorang penjaga haiwan yang baik.. jangan la puji saya sangat, malu dan segan saya.. hihihi~..

selain itu, saya juga kini gigih berlatih salah satu seni mempertahankan diri yang terkenal di zaman dahulu kala iaitu seni ninja di dalam ninja saga.. saya rasa sangat kuat sekarang.. siapa2 berani membuat onar dengan saya, siaplah.. nampak apa yang berlaku di gambar tersebut..?? ha, kalau tak mahu kena seperti itu, janganlah berumah di tepi lautan.. ha..?? hihihi~..

dan ini pula saya belajar secara rahsia di akademi seni kebangsaan.. hah..?? gurau je.. rilek lah.. keh keh keh.. game ini dinamakan wild one.. memang sangat liar permainan ini.. saya nasihatkan, sesiapa yang mempunyai sakit jantung, tekanan darah rendah, migrain melampau janganlah duduk sahaja.. cubalah bermain permainan ini.. nescaya dapat mengurangkan apa-apa yang anda rasakan itu.. kalau tidak kurang juga, janganlah salahkan saya, manalah saya tahu apa yang boleh mengurangkannya, kerana saya bukanlah doktor.. hihihi~..

p/s : bermain permainan dapat mengurangkan tekanan.. jadi, biarkanlah anak anda bermain.. ehh..?? (^_^)v

2 komen(s):

afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry aku lambat balas... agak sibuk kebelakangan ni

gilar aku sekarang mania main judi kat situ... aku tengah kemaruk duit 4 juta rtapi pastu bankrap ceh

incik mumu said...

hahahahaha.. tuh laaa ko.. judi xingat ako.. kan da benkrap.. cube kalu ko ingt ako.. musti xbengkrap.. hahahaha..