incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Thursday, June 10, 2010

..:: hishh.. pelik saya ::..

hish.. pelik saya.. macam mana yer mereka2 yang ada blog ni rajin sangat mengemaskini blog mereka.. sudahlah begitu, cerita2 hasil kemaskinian mereka itu sangat amatlah menarik perhatian saya sekali sebagai pembaca dan pengikut (jangan guna perkataan sangat, amat dan sekali dalam satu ayat, ia merupakan kesalahan dalam tatabahasa bahasa melayu yer).. geram juga saya kerana cerita2 yang mereka ceritakan itu kelihatan biasa saja, alah, saya pun boleh buat begitu kononnya.. tapi kalau sekiranya saya yang post, musti jadi macam cacai-bingai-sampah-rasa-macam-nak-jerit-jek-pada-semua-orang.. ha, takut.. takut.. ambek semua.. tuh kira saya dah habis mencarut lah tuh.. hihihihi~..

hish.. pelik saya.. saya ni kalau nak kemaskini blog saya, punyalah gigih nak memerah otak saya yang kiut ini, dan ini termasuklah serebrum, serebelum dan juga medula oblongata dan yang sewaktu dengannya yang berada di kepala saya ini..

ha, macam inilah sistem dan kedudukan otak saya.. anda pula bagaimana..??

tapi yang sebetulnya, saya tiadalah sampai nak memerah otak, apa gila ke saya nak perah otak saya.. apa, ingat otak saya ni kain ke nak buat perah-perah..?? nanti sudah habis diperah, nak suruh saya buat apa pula..?? jemur di tengah panas..?? sidai di ampaian..?? hihihihi~.. apalah anda ni.. Tuhan yang Esa itu sudah beri otak kepada saya, saya senang-senang pula mahu perah si otak.. saya tidaklah sekejam itu.. hihihihi~..

oklah, saya mahu teruskan sesi blogwalking (apa blogwalking dalam bahasa melayu yer, saya betul-betul tak tahu macam mana nak alihbahasa ke bahasa melayu).. hehehehe.. sambil-sambil itu, saya mahu mencari aidia untuk blog saya yang seterusnya.. susah betul mahu mencari aidia bukan..?? hishhhh~..

eh eh, saya sudah siapkan satu entry laaa.. waaahh.. hebat betul saya.. saya tahu, janganlah puji sangat.. malu dan segan saya (pipi saya sudah mula kemerah-merahan menahan malu)

lebih kurang macam ni lah saya blushing.. comel bukan..?? hihihi~..

p/s : bagi sokongan padu.. eh..??

0 komen(s):