incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Wednesday, June 16, 2010

..:: uncik ramli mempermainkan orang ::..

okeh.. hari itu saya ada cerita pasal uncik ramli kan..?? kali saya nak cerita lagi pasal uncik ramli.. hihihi~.. bukan apa, uncik ramli memang suka buat kami rakan-rakan tersenyum dengan telatah dan kerenah beliau.. okeh2.. macam ni ceritanya, suatu hari uncik ramli mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali.. mesej tersebut mengatakan bahawa uncik ramli telahpun memenangi sejumlah wang bernilai RM 20,000 hasil daripada undian rambang yang telah dilakukan oleh syarikat berkenaan.. baik sungguh orang malaysia ini kan..?? saya juga pernah menerima mesej yang serupa, terutama daripada akar kuat (yang ini saya translate dari power root, hehehe).. itulah saya cakap orang malaysia ini baik2.. berbalik kepada uncik ramli, beliau kata beliau tidak pernah pula memasuki mana-mana pertandingan.. sebenarnya uncik ramli seringkali dapat mesej yang serupa daripada pelbagai agensi lain juga.. oleh yang demikian, bagi mengesahkan mesej tersebut, uncik ramli tekad untuk menelefon nombor yang telah diberikan di dalam mesej tersebut.. perbualan di antara uncik ramli dan orang dari syarikat berkenaan adalah seperti berikut..

uncik ramli - halo, saya ramli.. tadi ada hantar mesej kata saya menang hadiah sejumlah RM
20,000 dalam cabutan bertuah yang telah dilakukan oleh anda..?? jadi saya nak pastikan, macam mana saya nak tuntut hadiah itu..??
mr x - ouh, uncik ramli yer.. (wahhh, ingat nama uncik ramli okeh..) benar.. kami telah jalankan cabutan bertuah secara rawak dan simkad uncik telah memenangi hadiah utama tersebut..
uncik ramli - ouh, bestnya.. (ramli siyes buat muka seronok~..) jadi macam mana saya nak tuntut hadiah itu..??
mr x - ouh.. kami boleh pindahkan wang tersebut ke dalam akaun incik ramli..
uncik ramli - ouh yeke.. bagus lah kalau macam tu..
mr x - jadi, uncik ramli ada akaun maybank..?? kami boleh transfer wang tersebut ke dalam akaun maybank incik..
uncik ramli - tak ada laa akaun maybank..
mr x - kalau macam itu, akaun cimb pun boleh.. kalau incik ada akaun cimb, saya akan buat pemindahan wang ke dalam akaun cimb incik..
uncik ramli - urmm.. saya juga tidak mempunyai akaun cimb la mr x.. (sebenarnya ada..)
mr x - urmmmm.. kalau macam itu, akaun apa yang incik ada..??

nak tahu apa uncik ramli jawab.. jeng jeng jeng.. dengan konfiden lemonnya uncik ramli pun menjawab..

uncik ramli - ha, boleh tak kalau pindahkan ke akaun KWSP saya..??

ha, macam ni lah konfiden muke uncik ramli masa cakap macam tu..

kah kah kah kah.. konfiden okeh uncik ramli jawab mcm tuh.. selepas daripada itu, saya tidak langsung pedulikan perbualan seterusnya.. terkikik kikik saya gelak.. ha..?? biar betul uncik ramli ni.. ada ka nak transfer ke akaun KWSP.. munasabah betul uncik ramli ini.. rupa-rupanya uncik ramli nak kenakan orang itu.. kerana beliau rasa mereka menipu beliau.. jadi beliau ambil keputusan untuk kenakan orang itu sebelum beliau dikenakan.. hihihii~.. bagus juga uncik ramli ini kan..??

p/s : uncik ramli juga seorang yang sangat konfiden okeh..

0 komen(s):