incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Sunday, June 20, 2010

..:: sukma XIII melaka ::..

yay.. sukma kini sudah pun habis.. sukma yang saya maksudkan ini bukanlah sukmawati ataupun sukmakasturi yer.. sukma itu ialah sukan malaysia.. dan tahun ini merupakan tahun ke 13 penganjurannya dan kali ini sukan tersebut berlangsung di negeri Melaka yang terkenal dengan sejarahnya.. dulu saya juga selalu juga pergi ke Melaka ini, tapi bukanlah bertujuan untuk menjalankan aktiviti pra-sukma tetapi lebih kepada rombongan sekolah saya waktu kecil-kecil dahulu.. seronok betul masa itu.. dapat naik beca, tengok bangunan bersejarah dan juga perkara wajib ketika itu ketika berjalan-jalan ialah... membeli KEY CHAIN.. yay!! hihihi.. eleh, mcm lah anda tak pernah nak beli keychain masa dahulu.. bukan ada duit sangat pun nak beli benda lain.. kan kan kan..?? jangan tipu, dosa.. kih kih kih..

apa-apa pun, saya bukanlah nak carita pasal rombongan saya.. saya sebenarnya nak cerita pasal SUKMA tadi tuh yang saya cakap mula-mula tadi ni.. apa..?? tak tahu..?? tak perasan..?? hish.. cuba baca balik dari awal.. ada saya sebut awal-awal tadi.. cuba baca.. ....baca....baca....baca....baca.... ha, da baca..?? ada bukan..?? ingat saya tipu ke apa.. saya tak nak lah tipu-tipu, nanti kat akhirat kene potong lidah baru tahu.. ha.. kan takut.. dan saya dah melalut da nih.. saya nak cerita pasal sukma laaahhh.. okeh2.. sukma itu berlangsung di melaka pada tahun ini.. sudah masuk edisi ke 13 dah pun.. dah bujang da.. dah boleh masuk tingkatan 1.. entah berapa entah keputusan yang dia dapat dalam UPSR kan kalau SUKMA ni masuk sekolah.. hihihi~.. hurmmm.. dan keputusannya Terengganu menjadi juara keseluruhan dalam sukma edisi kali ini.. dan tahu siapa dapat nombor dua..?? selangor laaa.. hebat bukan selangor.. walaupun bukan juara, naib juara pun jadilah.. lagipun selangor dapat paling banyak pingat taw.. kalah terengganu.. nasib juara ikut kutipan emas.. kalau ikut kutipan pingat.. alamatlah terengganu nak merasa jadi juara.. hihihi~.. dapat no 5 lagi ada lah kalau ikut pingat taw.. jangan marah yerr orang terengganu.. dulu saya pernah belajar di terengganu.. terengganu best.. peace no war.. (perlu selamatkan diri dari dikeji nanti, hihihi).. hehehehe..

apa-apa pun, inilah result dan keputusan akhirnya..

tahniah kepada skuad ikan nemo yang comel.. nemo kan..?? betol x..??

selangor dapat baaaaanyak pingat.. kalau ikut pingat juara dah tuh.. hihi..

tahniah kepada kontinjen terengganu.. sudahlah dapat anugerah pelajar terbaik dalam akademik, dapat jadi juara lagi dalam sukma.. bila la selangor nak jadi macam itu.. apa-apa pun, kepada kontinjen selangor, usaha lagi di kejohanan sukma akan datang ya..

p/s : saya pun excited SUKMA juga.. SUKa MAkan.. kih kih kih..

2 komen(s):

Suhaimi aka Alames said...

Dan... oleh itu... aku pon tompang dpt cuti.. keja kat Teganu la katakan...

incik mumu said...

hah.. tak senonoh.. mendapat kesenangan daripada kesusahan orang lain.. hahaha.. orang lain yang penat2 dapat medal, korang plak senang2 nak cuti.. cis.. hahaha..