incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Tuesday, July 26, 2011

..:: ROMEN ::..



*****  *****

Ahmad membelek-belek menu yang ada di hadapan mata. Dua tiga kali juga dibelek-belek menu itu. Hatinya berbelah bahagi. "Ah, apa nak makan ni.." ngomelnya sendiri. Sambil itu, alis matanya rancak ke kiri dan ke kanan. Entah apa yang dicari, hatinya juga tidak tahu. Cuma sudah rutinnya berlaku sedemikian. Sementelah itu, tangan kanannya diangkat, dilambai-lambai. "Oder bang" katanya. Pelayan restoran yang sedari tadi bergelak ketawa bersama rakannya kini terkocoh-kocoh ke meja tengah, bernombor 16 itu. 

"Bagi saya nasi goreng kampung lah, airnya bagi teh o limau ais," Ahmad memberitahu keinginannya.

"Nasi goreng kampung satu, teh o limau ais satu. Ok bang" ulang pelayan itu, berserta pengesahan.

Ahmad terus mengeluarkan iPad miliknya. Ditekan-tekan skrin tablet hasil rekaan Apple itu. Bosan barangkali. Sambil menekan-nekan skrin, matanya liar ke kiri dan ke kanan. 

Kali ini matanya terpaku pada susuk itu. Gebu. Manis. Putih. Sesekali susuk itu memandang Ahmad. Perasan dirinya diperhatikan barangkali. Terkocoh-kocoh pandangannya dialih ke iPadnya kembali, bimbang susuk itu sedar dirinya diperhatikan. Tapi naluri hatinya meronta, ingin lagi melihat susuk menawan itu. Ah, bukan selalu dapat melihat susuk sebegitu. Jarang sekali. Apatah lagi Ahmad bekerja di persekitaran yang  dikelilingi orang-orang yang sudah separuh abad. Jarang sekali dapat berjumpa kelibat yang sebaya dengannya. Ahmad senyum sendiri. Ah, tapi Ahmad teruskan juga bermain iPadnya. 


*****  *****

Pandangan matanya kini ke arah susuk tersebut. Kembali. Tanpa banyak fikiran, nafsunya kini menerjah susuk gebu tersebut. Nafsunya merajai hati, jasadnya hanya menuruti. Tidak lagi dipedulikan mata-mata yang memandang. Rakus. Ah, persetankan semua itu. Serakahnya juga perlu dilayan. Tidak mahu disia-siakan benih yang disimpan sekian lama. Habis digomol susuk gebu itu. Segenap pelusuk tubuh diratah. Susuk itu bagaikan meronta, tidak rela diperlakukan sebegitu. Sekeliling hanya memerhati, tanpa berbuat apa-apa. hanya memerhati. Kadangkala terdengar bisikan halus. Sesetengah hanya tersenyum. Usai memerhati, kembali mereka menjamah hidangan. Sedikit pun tidak bertindak. Tidak mahu sibuk hal orang lain barangkali. 

Nafsunya makin menjadi-jadi. Fantasinya kini bergabung dengan serakah diri. Habis sudah ditelentangkan susuk gebu itu. Habis sudah ditiarapkan tubuh menawan itu. Habis sudah dipusing ke kanan, habis sudah dipusing ke kiri. Fantasinya kini ligat mencari apa lagi mahu dilakukan dengan tubuh mulus itu. Gelojaknya masih tidak puas lagi, hatinya masih mahu lagi, nafsunya masih tidak mahu berhenti, serakahnya masih ligat lagi. Biarkan, barang terbaik sebegini memang tidak harus dilepaskan.

"Syuh syuh, kucing nih, beromen pulak dekat sini !! Syuh syuh !! Orang nak makan lah.. Rosak business kedai nih nanti !! " jerkah pelayan restoran itu

Bertempiaran kucing yang berdua itu lari.  Ahmad hanya memerhati. Ketawa kecil. Sambil itu tangannya ligat mengawal permainan video Angry Bird di dalam iPadnya itu, sementsara menunggu makanan yang dipesannya tiba.



***** *****


p/s : hehehehehe.. okeh ke..?? hehehehe


saya yang tulis

Friday, July 8, 2011

..:: noin sayang nenek ::..


okeh, okeh
saya mintak maaf sebab saya tak apdet belog saya neh
peminat-peminat abe, maafkan abe deh
hihihii


bukan ape, saya tak ade ape nak cerita laaaa
idea-idea neh sume nak nyorok jek
tak nak keluar
sedih betol bile idea-idea neh melayan saya sebegitu
ambe-ambe sume xsedeyh ke kat abe..??
sedih kan..??
hehehehe


udah udah
jangan nak mengarot sangat
hehehehe

okeh, okeh
entry kali nih agak panjang
sila bersabar


neh saya nak kasitawu
pada sapa yang belom tahu lagi
bahawasanya nenek saya yang jaga saya dari kecil itu telah pun kembali ke rahmatullah pada 06/07/2011, bersamaan 4 syaaban 1432H,  hari rabu yang lalu pada jam 2.15 pagi, pada usia 83 tahun  ( 08/05/1928 - 06/07/2011 )
kolo ikot tarikh dari tarikh post nih dah 3 hari da laa beliau meninggal
pada sapa-sapa yang rapat dengan saya tuh tahu lah yang saya neh memang rapat dan manja dengan arwah nenek saya neh
jadi agak ralat bile beliau pergi meninggalkan kami semua
beliau memang dah sakit jantung sejak dua tahun lalu
mula sakit jantung sejak saya masuk kerja 
tapi berkat semangat dan bekalan ubat-ubatan serta doa , beliau berjaya mengharungi penyakit jantung beliau selama dua tahun


saya walaupon sedih, tapi alhamdulillah saya sempat berbakti semasa beliau sakit
pergi hantar dan temankan beliau ke hospital buat medical check up
bagi sikit sebanyak duit belanja rumah walopon tak banyak dan tak selalu
alhamdulillah
bukan nak riak, tapi saya rasa bersyukur kerana saya sempat berbakti kepada beliau bila beliau perlukan saya walaupun bukan selalu
walaupon begitu
sedikit terkilan kerana saya tidak berada di sisi beliau ketika beliau nazak dan menghembuskan nafas terakhir beliau
tapi yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu teruskan perjuangan
doa tuh penting untuk bekalan beliau di sana


saya pertama kali betul-betul join pengebumian di mana saya turun ke lahad dan mengebumikan arwah nenek saya
saat hendak mengambus tanah tuh saya rasa sebak
 kerana arwah nenek saya berada keseorangan di sana
saya harap arwah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang di redhai Allah SWT
dan saya juga berharap semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmah dan berkat dari Allah SWT


-- bahagian bawah merupakan luahan hati saya dekat nenek --


feeling lagu nih menggambarkan perasaan saya (sila klik)


nenek, noin syg nenek sangat-sangat
mintak maaf sebab noin tak sempat jumpa nenek masa nenek nazak
mintak maaf sebab tak dapat ada kat sisi nenek masa nenek nazak
mintak maaf sebab noin banyak susahkan nenek sepanjang nenek jaga noin
mintak maaf sebab ada ketika noin tak dapat hantar nenek pegi hospital
mintak maaf sebab noin tak selalu bagi duit belanja dekat nenek
mintak maaf kolo noin ader buat nenek terasa hati dengan noin
mintak halal makan dan minum yang nenek penah masakkan untuk noin
mintak halal duit belanja yang nenek pernah bagi dekat noin
dan nenek jangan risau taw
noin akan sentiasa doakan nenek
insyaallah


nenek ader cakap
nenek bagi name noin tuh supaya nanti dapat jadi orang pandai
dapat belajar tinggi-tinggi
dapat belajar jauh-jauh
jadi orang berguna
noin ingat tuh
skarang noin dah kerja elok
dah dapat pon peluang pergi sana sini
noin ingat lagi dua bulan lepas masa noin nak pegi london tuh
nenek nangis-nangis
nenek cakap "dah besar kau tinggalkan nenek eh"
noin siap gelak-gelak lagi masa tuh
noin cakap "ala nek, dua minggu jek laa nek, bukan terus duduk sana"
nenek siap cakap jaga diri elok-elok
jangan buat perangai kat tempat orang


nek, noin nak cerita bende neh kat nenek aritu
tapi tak sempat
macam nih
dalam masa 2 minggu sebelom nenek meninggal kan
ade bende pelik jadi kat noin
cermin kat bilik mandi tuh terlangkup ke dinding, nek
pastuh bilik mandi tuh basah jek, macam ader orang baru mandi
padahal noin sorang jek kat rumah masa tuh
noin perasan bende tuh jadi dalam pukul 6.30 pagi masa noin nak mandi nak pegi keje
padahal sebelom tuh last mandi pkul 12 mlm, 1 pagi
mesti pagi tuh kering kan
pastuh sape yang terbalikkan cermin tuh..??


pastuh kan
mase dekat ofis
hemfon noin dua-dua jatuh ke bawah
tapi xdek bunyi langsung
n dua-dua hemfon tuh terlangkup
"nenek" buat eh


pastuh lagi kan
malam nenek meninggal tuh
dalam pkul 1 pagi
pintu bilik noin bunyi "kreekk" mcm tuh
mcm ader orang bukak
"nenek" datang jenguk noin ke mase tuh..??


takpelah nek
ape-ape pon
noin doakan nenek sentiasa tenang dekat sana
noin doakan semoga nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman yer nek
noin sayang nenek sangat-sangat


p/s : macam mana sayang sekali saya dekat arwah nenek saya, Patonah Binti Kaliman,  Allah lagi sayang beliau.. Al-Fatihah..


saya yang tulis,