incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Tuesday, July 26, 2011

..:: ROMEN ::..



*****  *****

Ahmad membelek-belek menu yang ada di hadapan mata. Dua tiga kali juga dibelek-belek menu itu. Hatinya berbelah bahagi. "Ah, apa nak makan ni.." ngomelnya sendiri. Sambil itu, alis matanya rancak ke kiri dan ke kanan. Entah apa yang dicari, hatinya juga tidak tahu. Cuma sudah rutinnya berlaku sedemikian. Sementelah itu, tangan kanannya diangkat, dilambai-lambai. "Oder bang" katanya. Pelayan restoran yang sedari tadi bergelak ketawa bersama rakannya kini terkocoh-kocoh ke meja tengah, bernombor 16 itu. 

"Bagi saya nasi goreng kampung lah, airnya bagi teh o limau ais," Ahmad memberitahu keinginannya.

"Nasi goreng kampung satu, teh o limau ais satu. Ok bang" ulang pelayan itu, berserta pengesahan.

Ahmad terus mengeluarkan iPad miliknya. Ditekan-tekan skrin tablet hasil rekaan Apple itu. Bosan barangkali. Sambil menekan-nekan skrin, matanya liar ke kiri dan ke kanan. 

Kali ini matanya terpaku pada susuk itu. Gebu. Manis. Putih. Sesekali susuk itu memandang Ahmad. Perasan dirinya diperhatikan barangkali. Terkocoh-kocoh pandangannya dialih ke iPadnya kembali, bimbang susuk itu sedar dirinya diperhatikan. Tapi naluri hatinya meronta, ingin lagi melihat susuk menawan itu. Ah, bukan selalu dapat melihat susuk sebegitu. Jarang sekali. Apatah lagi Ahmad bekerja di persekitaran yang  dikelilingi orang-orang yang sudah separuh abad. Jarang sekali dapat berjumpa kelibat yang sebaya dengannya. Ahmad senyum sendiri. Ah, tapi Ahmad teruskan juga bermain iPadnya. 


*****  *****

Pandangan matanya kini ke arah susuk tersebut. Kembali. Tanpa banyak fikiran, nafsunya kini menerjah susuk gebu tersebut. Nafsunya merajai hati, jasadnya hanya menuruti. Tidak lagi dipedulikan mata-mata yang memandang. Rakus. Ah, persetankan semua itu. Serakahnya juga perlu dilayan. Tidak mahu disia-siakan benih yang disimpan sekian lama. Habis digomol susuk gebu itu. Segenap pelusuk tubuh diratah. Susuk itu bagaikan meronta, tidak rela diperlakukan sebegitu. Sekeliling hanya memerhati, tanpa berbuat apa-apa. hanya memerhati. Kadangkala terdengar bisikan halus. Sesetengah hanya tersenyum. Usai memerhati, kembali mereka menjamah hidangan. Sedikit pun tidak bertindak. Tidak mahu sibuk hal orang lain barangkali. 

Nafsunya makin menjadi-jadi. Fantasinya kini bergabung dengan serakah diri. Habis sudah ditelentangkan susuk gebu itu. Habis sudah ditiarapkan tubuh menawan itu. Habis sudah dipusing ke kanan, habis sudah dipusing ke kiri. Fantasinya kini ligat mencari apa lagi mahu dilakukan dengan tubuh mulus itu. Gelojaknya masih tidak puas lagi, hatinya masih mahu lagi, nafsunya masih tidak mahu berhenti, serakahnya masih ligat lagi. Biarkan, barang terbaik sebegini memang tidak harus dilepaskan.

"Syuh syuh, kucing nih, beromen pulak dekat sini !! Syuh syuh !! Orang nak makan lah.. Rosak business kedai nih nanti !! " jerkah pelayan restoran itu

Bertempiaran kucing yang berdua itu lari.  Ahmad hanya memerhati. Ketawa kecil. Sambil itu tangannya ligat mengawal permainan video Angry Bird di dalam iPadnya itu, sementsara menunggu makanan yang dipesannya tiba.



***** *****


p/s : hehehehehe.. okeh ke..?? hehehehe


saya yang tulis

4 komen(s):

AfiekJibril said...

aish pelayan restoran tu potong stim lah..bahahha...kucing2 mane2 pon nak main..haha

incik mumu said...

tawu xpe..
hahahaha..
tiber2 plak ako dok nak buat cerpen mengarot neh..
kire 1st taim lah buat bende neh..
cemane..??
okeh ka bro..??

flyz said...

ha..ha..

binatang nafsu buas

sek baik ko chumil kucin

patutler anak lahir tak tau sape bapaknyer

incik mumu said...

Bahahahahaha..
Btol tuh..
Untunglah xyah pk nak cari sape bapak die..
Hahahahaha