malam tadi saya dan rakan serumah saya bernama incik fayas sekali lagi berpeluang menonton wayang.. kali ini kami bertekad untuk menonton cerita SHREK THE FINAL CHAPTER : FOREVER AFTER (betol ke tajuk dia..?? lantaklah.. hihihi~).. no arguement about that, the decision is final!! (woahhh, sempat spiking landen yerrr).. anyhow (ceh, anyhow..) cerita itu saaaangat best untuk ditonton di kala anda menghadapi hari-hari yang sukar.. contohnya seperti sekiranya anda menghadapi masalah seperti baru dimarahi bos.. sekiranya anda tertekan kerana anda belum lagi menyiapkan esaiment yang sudah hampir tarikh luputnya (saya panggil begitu, anda..??), anda juga boleh menonton filem ini.. selain itu, sekiranya anda tertekan kerana tidak lulus dalam semua peperiksaan SPA, maka cerita ini merupakan cerita yang paling sesuai untuk ditonton oleh anda.. saya berani jamin ia sesuai kerana di awal cerita, terdapat ayat ini.."untuk tontonan umum, sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. filem ini mengandungi unsur-unsur yang mengamalkan nilai-nilai sopan..........."
errrr.. dan lagi saya tak ingat.. betul saya tak ingat.. anda kenalah menonton cerita ini untuk mengetahui apa yang ditulisnya.. tapi betul, terdapat ayat tersebut di permulaan cerita.. hehehe~.. walaupun tidak tercatat samada ianya sesuai bagi meredakan emosi atau tidak, tapi, saya rasa ianya sesuai la untuk ditonton oleh anda.. sekiranya anda tiada masalah pun anda boleh menonton cerita ini.. tiada halangan.. bayar sahajalah tiketnya.. hihihi~..
ok.. cerita ini secara dasarnya (saya translate dari perkataan basically) bermula apabila watak utamanya iaitu shrek membuat perjanjian bersama rumplestiltskin di mana, shrek tidak mengetahui perjanjian tersebut penuh dengan muslihat.. pada mulanya semua berjalan lancar untuk shrek tetapi apabila shrek perasan ada sesuatu yang tidak kena pada.............jeng jeng jeng........... anda kena tengoklah cerita ini.. saya tak mahu cerita.. karang orang kata saya spoil pula nanti.. kikikiki~.. tetapi ader macam gaduh-gaduh sikit di antara puak baik hati (ogre berwarna hijau) dan puak tamak haloba (golongan ahli sihir).. seronok taw tengok cerita ini.. donkey dan puss juga menyeronokkan.. kalau saya seronok, anda semua mesti seronok.. sekiranya ramai yang menonton cerita itu, maka anda akan berasa beronok-ronok juga masa tengok cerita ini.. hehehehe~..
ouh, saya sedang praktiskan satu skil yang saya rasa sangat menarik yang saya temui dalam cerita ini.. disebabkan saya belum mahir lagi, jadi saya lampirkan bahan rujukan saya iaitu......

comel bukan..?? saya buat lagi comel rasanya~.. hihihi~..
ouh lupa pula saya.. kerana cerita ini memang santai, sempoi dan syiok (saya menggunakan pendekatan 3S di sini yerrr), maka saya bagi 8/10 untuk cerita SI HIJAU YANG BUKAN TOYOL edisi akhir ini.. bom bom kebabom dushum dushum eiiiiiii~ buuummmm.. (konon-konon ada efek bunga api).. sekian, terima kasih..
p/s : cerita patung mainan (toy story) ialah cerita yang akan saya tengok pula nanti.. terasa muda pula bila menonton cerita-cerita sebegini~.. hihihi~..



1 komen(s):
ceh, aki ingatkan ni artikel pasal pcon
Post a Comment