incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Tuesday, June 1, 2010

biar betol incik..

tanggungan bulanan saya pada bulan ini adalah seperti berikut:

penggunaan perkhidmatan ASTRO yang menyiarkan siaran berulang-ulang dan bayaran bagi rumah sewa yang diduduki - RM100;

pembayaran hutang kereta yang "sungguh-baik-hati-jasamu-dikenang" kepada bank islam oleh saya - RM650;

penggunaan perkhidmatan talian telefon yang tidak kurang hebat jenamanya iaitu meksis dan selkom - RM 200 (meksis RM100, selkom RM100);

pembayaran komputer riba secara ansuran kepada ayah saya (yang mana menunjukkan bahawa ayah saya merupakan ceti di dalam rumah saya, hihihi~) - RM180;

pembayaran penggunaan kredit kad saya yang berjumlah beribu riban, maka dengan itu, tapi saya dengan rilek dan kewlnya hanya membayar - RM700 (take it or leave it, mr banker!) hihihihi~;

pembayaran hutang pinjaman pendidikan yang saya lakukan pada waktu dahulu, (menyesal saya tak belajar pandai-pandai, kalau tidak, musti beratur yang mahu sponsor saya.. waaahhh) tetapi, apa pun, "terima-kasih-jasamu-sentiasa-dalam-medula-oblongata" - RM100;

penggunaan makanan merangkap bahan bakar kereta saya - RM300; dan juga

penggunaan kemudahan internet jalurlebar berjenama strimiks - RM 130

jumlah kumulatif pada akhir kiraan dan perhitungan adalah sebanyak RM 2,360.. mak aih, biar tipu saya ni (asyik pakai biar betul jek, saya nak tukar sekali sekala), banyak betul penggunaan bulanan saya pada bulan ini.. matila saya, mana nak cari duit nak menampung semua hutang ini.. nak kene pinjam Along ka (tapi saya pun along juga), nak pinjam FAMA ka (merujuk kepada FAther and MOther), atau mau mintak tolong sama MAS ka (Mak Ayah Support).. macam mana ni..??

ouh, tapi jangan bimbang.. lupa pula, saya kan bekerja, jadi bolehlah saya menggunakan hasil pendapatan saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang saya ini.. lupa pula saya.. tapi saya xpanik taw.. saya pening saje.. kikikiki~..

p/s - fuh.. saya muke jek cuak, tapi haiti (eh hati ke, haiti, hati laaa) kewl jek.. ke, muke kewl, tapi hati cuak..?? matilaa konfius.. hihihihi~..

0 komen(s):