cerita yang sangat best.. aksi xsudah2dan berterusan.. semangat saya tengok cerita ini tadi
fuhh.. tadi tengahari saya dengan housemate saya yang bernama incik fayas telah pon meronda2 dan membuang masa di jusco bukit tinggi.. tujuannya memang jelas.. ingin menonton wayang.. saya mahu menonton prince of persia.. semasa melihat2 skrin televisyen di kaunter, kami agak berbelah darab samada untuk menonton prince of persia, shrek atau robin hood.. setelah puas bertengkar di kaunter, kami tekad memilih prince of persia sebagai subjek untuk menghabiskan wang..
ternyata, selama 2 jam cerita itu ditayangkan, ianya tidak membosankan.. berbekalkan wang rm13 yang kami laburkan pada cerita itu, yang mana menyumbang kepada keuntungan syarikat dan produksi filem tersebut, ternyata ianya berbaloi dan tiada sia2.. sangat menarik cerita itu.. saya malaslah mahu ceritakan plot dan sinopsis cerita ini, nanti korang semua tak mahu pergi tonton pula cerita ini.. seruis saya cakap, memang syiok cerita ni.. terbaik.. dari 10 bintang, saya bagi 9 bintang..
p/s : seronok betol saya harini.. malam dapat makan tapai pulut hitam pula.. hihihi..
0 komen(s):
Post a Comment