incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Sunday, September 26, 2010

..:: cerita duka ::..

okeh2.. pertama-tamanya saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin kepada kalian2 semua.. semoga semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.. dan saya juga mendoakan agar kalian dapat memaintainkan berat badan yang sudah sedia turun semasa berpuasa selama sebulan harituh~.. jangan pulak sebulan puasa turun sampai 2 3 kilo, tapi 1st raya jek da naek sampai 4 5 kilo..  padan muke, sape soh makan bebanyak  amat tidak berbaloi yerrr.. saya tetap maintain taff.. keh keh keh..

okeh, saya pun sudah lama tak update belog saya nih kan~.. bukannya apa, cuma saya mengalami sedikit tragedi (wah tragedi tabley blah) ketika raya sudah masuk minggu kedua.. tragedi tersebut ialah saya mengalami kecurian yer di dalam rumah.. laptop, henfon dan wang tunai a.k.a dwet raya yang saya kumpul berjumlah RM250 telahpon lesap diambil oleh pencuri yang bermata duitan itu yer.. sangat materialistik betol pencuri tuh.. kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 4,250 yer.. diulang, RM 4,250 yerrr.. bukan RM 42.50.. tapi saya redha sahaja, menganggap ianya bukan rezeki saya di bulan syawal ini walaupun sebakul sumpahan telah saya beri kepada pencurik2 bermata duitan tersebut.. jadi dengan ketiadaan laptop saya ituh agak membantutkan aktiviti berblogging saya yang tidaklah sehebat mana ini.. hihihi~..

antara gambar terakhir bersama henfon dan penggunaan laptop untuk membuat kad raya tahun nih~.. rindu nak tgk gambar kiyut saya nih~.. hihihi~..

laporan polis juga telah dibuat pada pagi hari kejadian, kemudian saya pergi kerja dengan muke kewl dan chomelnye tapi dalam hati menahan sebak di dada, dan pada sebelah petangnya pula, anggota polis berpakaian preman datang ke rumah saya untuk melakukan siasatan.. pada mulanya saya beranggapan bahawa mungkin pasukan forensik juga akan turut serta dan mengambil cap jari ke, ape ke, yang macam dalam cerita CSI tuh, tapi rupenye  haram mereka nak datang , sampai ke sudah tak datang-datang  yang datang hanya polis jabatan siasatan jenayah dan mereka hanya mengambil gambar di tempat kejadian sahaja sebagai tanda menjalankan tugas.. mungkin dengan harapan dengan gambar tersebut mereka dapat menangkap pencurik2 bermata duitan tersebut.. canggih betol peralatan mereka bukan..?? tapi apa pun, saya berterima kasih kepada pihak polis yang mengendalikan kes saya itu walaupun barang yang hilang tidak dijumpai sehingga kini..

tapi terdapat juga hikmah di sebalik kejadian tersebut.. antaranya ialah :

1 - ramai rakan taulan dan sahabat handai saya belanja saya makan.. mereka memang terbaek.. tapi adekah kerana kesian..?? ahhh, aderku kesah.. kih kih kih..
2 - saya telahpun menggunakan henfon baru yang lebih canggih dari henfon yang sebelum ini.. pakai skrin sentuh yerrr.. dulu pon skrin sentuh juge, tapi tiada tindakbalas apabila berlaku sentuhan, kali ini ader yerr.. canggih kan..?? "a'ahh" bak kata uncik ramli~..
3 - ibu saya telahpun memberi kebenaran untuk menggunakan notebook adik saya dengan alasan adik saya mahu periksa SPM tahun nih, so beliau mahu mengurangkan aktiviti permainan game oleh adik saya dengan menggunakan saya sebagai subjek dan alasan.. tapi saya tak kesah pon~.. hihihihi~.. p/s untuk adik saya.. "ajit, tuh laaa, men sangat gem depan ibu, kan ibu da kasi along notebook tuh.. kih kih kih.."
4 - dan sebagainya~.. boley cmtuh..?? hehehehe..

untuk pengakhiran, saya ada sikit pesanan buat pencurik yang bermata duitan tuh~..

1 - nih, datang balik kat umah.. anda sekalian lupe nak amek betri laptop dengan charger nokia laaaa.. kalu jual tak complete set, tak dapat laaa hasel yang lumayan nanti.. cepat, saya tunggu kat rumah.. nak datang amek nanti, kasi tawu ek.. senang, bleyh saya jamu makan2 sket kat anda.. menu hidangan mungkin nasi kangkang, santau masak merah, dan jampi serapah celur tepung.. sedap kan..?? belum cuba belum tahu.. hihihihi~..
2 - mesti anda tak perasan kan, kat tepi tuh ader 6 ekor hamster.. hamster ialah haiwan yang aktif pada waktu malam yerr.. jadi segala aktiviti anda tersemat sempurna di kotak fikiran hamster saya.. naseb bek hamster saya tak pandai cakap, kalau tak, nahas laaa.. siap laaa anda, kat akhirat nanti hamster saya akan bongkar segala-galanya.. muahahahahahaha..
3 - tuhan nampak yer perbuatan anda tuh.. nanti elok2 anda jalan kat titian siratul mustaqim tuh, da nak masuk pintu syurga jek, tuhan tolak balik dalam neraka sebab kesalahan mencurik anda tuh.. saya melihat dari jauh jek.. padan muke anda.. hihihi~.. nota tepi : sekadar meluahkan emosi, tak bermaksud apa2 yerrr..

stress dan tertekan dengan kejadian yang berlaku pada mulanya.. now i'm ok~.. yayyyy!!

p/s 1 : baru perasan, saya asyik mention, pencurik bermata duitan kan.. bukan pencurik tuh memang bermata duitan ke..?? sbb tuh beliau melakukan aktiviti2 pencurian nih.. bertauliah laaa kot~.. hik hik hik..

p/s 2 : suka tetapi berduka~.. gembira tapi bersedih~.. menyumpah seranah tapi redha dan menerima takdir~..

2 komen(s):

ezam said...

wow mumu nk buat nasik kangkanglah.....hahahahaha



p.s:semuanya mmg ada hikmah..inshaallah semuanya akan ok ya~

incik mumu said...

nak gak belajar resepi tuh~.. ader tak dijual di MPH ke, popular ke, kinokuniya ke.. ader tak..?? huhuhu~..

p/s : dalam keadaan menerima takdir dan dugaan~.. hihihi~..