incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Wednesday, August 18, 2010

..:: cuak okeh ::..

okeh2.. malam tadi saya dalam pkul 3.30 pagi mcm tu saya sedang dalam mood sahur laaaa.. ape yang saya makan..?? biskut kering 8 keping tajaan munchy's (program singgah sahur ke siap nak taja-taja bagai..)air suam yang mana maklum tahu bahawa ianya baik untuk kesihatan sambil melayan fesbuk dan juga menonton history channel.. sebab tu kalau anda perasan saya macam da taff dan kurus sikit, kire macam menarik sikit laaa.. sebabnya ialah saya mengamalkan cara hidup yang sihatlah.. hik hik hik..

okeh2.. berbalik kepada perkara pokok yang saya ingin kongsikan di sini, sedang saya ralit meratah biksut kering oh sedapnya tuh, saya macam dengar sesuatu.. bunyi dia macam nih.. "tik.. tik.. tik.." saya tengok jam dinding, dan saya yakin ianya bukan berpunca daripada jam tersebut kerana jam tersebut baru sahaja mati akibat kehabisan bateri.. kurang asam boy betol, patut laaa dari tadi asyik tunjuk pkul 2.15 jek.. ishhh~..

lepas itu, saya abaikan saje laaaa, kemudian, dengar lagi.. "tik.. tik.. tik.." saya jadi cuak laaa, ape lagi.. gila tak cuak dengar benda-benda pelik waktu-waktu macam tu.. saya ingat jam tangan saya.. "bukan.." getus hati saya.. saya tengok pulak jam loceng saya.. "pun bukan.." hati saya berkata lagi.. masa ni jangan cakap laaa cuaknya saya.. saya bukak lampu dapur okeh masa apdet blog ni.. seram jek rasa..

antara suspek yang disyaki dan didakwa.. tapi dibebaskan sebab pendakwa gagal mewujudkan keraguan munasabah dalam kes nih..

jadi saya pun beranikan diri sebab lampu pun da dipasang kan,  kalau lampu tak dipasang, memang saya tak berani  saya pun carilah punca bunyi tersebut.. saya bukanlah nak amek kisah sangat pasal bunyi tuh, tapi saya rasa tak sedap hati laaa, mane tahu kot-kot ader yang dengki dengan  kekachakan, kekiutan dan kehenseman serta ketaffan badan saya  meletakkan bom jangka ke, sape yang naya..?? anda taw.. musti sunyi.. jadi saya kena lah jaga diri saya elok2.. oii oii.. merapu lagiii..???? haishhh~..

jadi back to the story, dengan semangat 1Malaysianya saya geledah 1 rumah saya.. cari punya cari punya cari, tetap tak jumpa.. saya bosan, dan saya terus putus asa.. saya kembali di depan laptop, dan saya nampak sampah-sampah dan bekas plastik biskut yang saya makan tadi.. jadi, saya pun terus ke dapur dan membuang plastik-plastik tersebut ke dalam tong sampah.. selepas itu, saya tuang laaa air ke dalam untuk diminum.. sambil mengadap dinding, saya perasan satu benda..

macam paip bocor, dinding basah dari dalam dan ader air menitik.. macam cerita ju-on / the ring da okeh..

dan nak tahu, ape bunyi die.. "tik.. tik.. tik.." kuang asam punye kepala paip.. bikin saya cuak jek.. kusssss semangat.. belum hilang cuak, dan sedang saya apdet blog ni, tiba tiba "pon.. pon.." kusssss semangat lagi.. kereta mana pulak yang bunyikan hon malam-malam buta ni.. kat sebelah rumah saya pula tu, rasa macam nak tikam jek pemandu dia.. kurang asam keping betol lah kao pemandu!! da lah orang tengah cuak ni.. haishhhh~..

p/s : baru teringat.. hantu, jin, setan sume kene ikat time puasa-puasa ni.. kan kan kan..?? haishhh~..

0 komen(s):