incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Tuesday, March 1, 2011

..:: peraturan ketika memandu ::..


okeh, okeh
saya taknak cakap banyak
berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi ketika memandu


********************


1. jangan masuk kiri

sebagai contoh, kolo korang nampak tanda ni, jangan lah pulak pandai-pandai nak mengingkari tanda tuh.. cuba kasitahu saya, dalam gambar tuh mana yang kata suruh ikot kiri..?? cer citer cer citer.. tapi slalu jek saya tgk orang wat sebaliknye.. kolo kate jangan masuk kiri, nak jugak masuk kiri, kolo kate jangan masuk kanan, nak jugak masuk kanan.. cis, kan da susahkan orang lain.. boleh menyebabkan jamm tuh..

implikasi serta kesan orang di belakang anda - cube bayangkan.. kolo ader orang yang tengah tahan sakit perot taim tuh, sakit perot yang da sampai tahap meremang bulu roma tuh, tak ke naya member tuh..?? kesian mereka.. kan kan kan..??


nasehat saya - bawak binokular, kolo nampak kereta dok langgar tanda nih, berentikan kerta anda, pergi kat driver die, letakkan binokular tuh kat mate die, bagi dalam mase 5 menit, suruh die tgk tanda tuh.. pastuh calo laa yerr.. mungkin beliau silau, tak nampak bacaan tanda tuh~~.. okeh..??


2. bagi signal ketika membelok

okeh, okeh.. semua sedia maklum bahawa lampu signal diperlukan ketika keadaan-keadaan tertentu seperti membelok di simpang tiga, simpang empat, susur keluar, susur masuk, susur gajah, simpang pulai, simpang renggam.. errrr.. okeh, simpang renggam susur gajah tuh saya tipu.. hahaha.. berbalik kepada pelajaran kita tadi, sekiranya anda perlu untuk masuk ke simpang mana-mana lah, sila bagi signal yerr.. ini tidak.. nak masuk kanan tak bagi signal, nak masuk kiri tak bagi signal.. tuh belom masuk bab nak masuk simpang kanan, bagi signal kiri tuh.. kanan ngan kiri pon da tak tawu da.. kanan is right, kiri is left.. left right left right left left right right.. okeh..?? sian kat member blakang.. abes member kat belakang kereta korang tuh dok melangut tunggu korang nak masuk simpang tuh.. tak ke naya member tuh..

implikasi serta kesan orang di belakang anda - cube bayangkan kolo die tengah sakit perot, nak balik umah ke, nak cari petropam ke, sakit perot yang da tahap meremang bulu roma tuh..  kan kesian kat mereka~~.. sila bertimbangrasa yerrr..

nasihat saya - sila bawak kamus oxford atau kamus dewanbahasa dan pustaka edisi ke-5 dan terangkan maksud kanan dan kiri kepada pemandu yang membuat kesalahan tersebut.. lagi bagus kolo ader gambarajah sekali.. senang nak terangkan mana kanan mana kiri.. mungkin pemandu tersebut konfius kerana:

right bermaksud betul, selain bermaksud kanan, dan; 
left bermaksud ditinggalkan / pergi.. ianya merupakan past tense bagi leave, selain bermaksud kiri.. 

amacam..??


3. kenderaan berat ikut kiri

bagi brader-brader lori, prime mover, bas, traktor, jentolak, jentarik, jentayu sume pula, korang dinasihatkan untuk memandu di sebelah kiri, sekiranya jalan tersebut mempunyai dua lane atau lebih.. okeh, saya tak tahu nak translate dua lane ke bahasa melayu.. hihihi~~.. ini kerana, kenderaan berat anda tuh akan melambatkan perjalanan di lane kanan, terutama ketika melepasi traffic light merah dan mendaki bukit bukau.. lane kanan nih kegunaan die adalah untuk kenderaan ringan, untuk kenderaan memecut, dan sebagainya.. jadi amatlah tidak sesuai untuk korang yang memandu kenderaan berat nih untuk memandu di lane kanan.. sangat tak hensem okeh.. 

implikasi serta kesan orang di belakang anda - cuba bayangkan, kolo member yang kat belakang tuh tengah sakit perot, sakit perot yang tahap meremang bulu roma tuh.. tak ke naya mereka terkemut-kemut tahan bongkah emas tersebut~~.. kasihan, kan..?? 

nasihat saya - errrrr.. cakap dekat derang " gajah juga mampu berlari selaju 40km/j ".. tapi saya nasihatkan jangan bagi nasihat depan-depan, silap haribulan kene lenyek dengan derang.. hahaha.. 


********************


okeh, okeh
fakta menarik hari ini ialah :
1. otak burung unta lebih kecil daripada matanya, dan
2. walopon mampu berlari selaju 45 batu sejam, dan mampu bertahan selama setengah jam, tetapi ketika dalam bahaya, dikejar pemangsa contohnya, burung unta tetap akan tewas, kerana mereka akan berlari dalam bentuk bulatan
sumber : burung unta


********************


amacam
okeh tak pelajaran kali ni..??
" okeh cikgu !! "
baeklah
class dismiss~~
" terima kasih cikgu "



saya sexy, saya okeh~~


p/s : patuhilah undang-undang dan tambahkanlah pengetahuan~~.. ngeee~~


saya yang tulis,

4 komen(s):

Cik Pulau said...

sukayang tang cuba bayangkann tu... memang cik pulau pernah mengalami saat2 itu... jadi bertimbang rasalah..
patuhi lah peraturan jalan.. sekian terima kasih.,.. ^^,

:: cikNuurul :: said...

aah,btol3 brung unte,..hehe

achik ezam said...

keter kelisa tu kategori kenderaan berat ke kenderaan ringan inchek????

kolo kata ringan tak mampoo pula nak mengangkatnya..

eeeee keliruuuuuu!!!!!!!!

incik mumu said...

cik pulau - kann~~.. aktiviti menahan bulu roma dari berdiri adalah yang paling susah untuk dibuat.. boleh mencabar amarah~~.. kah kah kah..

cik nuurul - kannn~.. panjang2 entry pasal memandu, burung unta juga di hati ek..?? hahaha..

abg achik - kolo setakat Small Little Kelisa (SLK tuh, xpayoh lerrr nak berangan kenderaan berat.. boley tolak satu tangan jek kolo lepaskan handbreak~~.. hahaha..