incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Tuesday, June 29, 2010

..:: pepatah agama uncik ramli ::..

hmmmm.. hmmmm.. eh eh.. terlupa pula.. saya tadi tuh tengah humming.. saje nak test vokal neh.. da lama juga tak test nih.. ternyata, masih berbisa.. okeh, sila jeles.. hihihi~.. ha, saya bukanlah nak cerita pasal suara, vokal, teknik nyanyian ke ape ke.. apa kejadahnya saya nak cerita pasal semua itu.. hihihi~.. kali ni, saya mahu cerita pasal uncik ramli lah.. uncik ramli sebenarnya merupakan subjek yang menarik untuk diceritakan.. beliau sangat suka membuat pelbagai perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada kami serumah.. kali ni apa pula yang uncik ramli telah lakukan..?? begini..

satu hari tuh, saya, incik fayas, uncik ramli dan mister bapak telah makan di pizza hut di pelabuhan klang ini.. ouh, baidewey, mister bapak merupakan rakan saya juga, beliau merupakan seorang ahli kastam yer.. kalau mau mintak belanja ke, mau mintak sain apa-apa ke, mau bunga api ke, mau henfon ke, mau kereta ke, bagitau saja sama beliau.. hulur la sikit, seratus dua ratus.. nescaya beliau takkan buat apa yang anda nak itu.. hahaha.. satu kosong.. kih kih kih..

okeh-okeh.. alkisahnya, kami berempat pergi lah makan pizza hut.. apa entah mimpi uncik ramli malam itu mau ajak kami makan pizza hut.. kami pun turutkan saje laaa kemahuan uncik ramli.. karang kalau tak diturutkan karang, mau beliau menangis-nangis sambil menghentak kaki ke lantai, susah pula mau tidur malam itu.. itu la sebab kami turutkan kemahuan beliau..

okeh.. inilah menu yang kami oder pada malam itu..

ni menu yang kami berempat da setuju mau makan.. hihihi~..

SWEET AND SPICY CHICKEN WING - menu tambahan yang uncik ramli oder

MEATBALL BOLOGNAISE - menu tambahan yang saya oder.. kih kih kih~..

mister bapak pula oder SKYJUICE sebagai menu tambahan.. nota tepi - siap refill lagi okeh..

setelah makan, kami pun bersembang, topik yang kami sembangkan agak serius ketika itu.. topik agama okeh.. halal haram, tuak dan sebagainya.. setelah berbincang sedikit sebanyak menambahkan ilmu agama di dalam dada, kami pun membuat kesimpulan begini..

incik fayas - kesimpulannya, kita hendaklah menegah perkara yang batil dan membuat perkara yang betul, jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.. tegah yang mungkar, buat yang ma'aruf..

uncik fayas memang macam ituh, kalau cakap, memang gaya ustaz, kalah ustaz akil hayy tuh, suami ustazah nur bayah pun kalah taw.. jangan main-main dengan incik fayas.. hehe.. kemudian incik fayas saja mahu membuat kesimpulannya tidak terlalu serius dengan bertanya kepada kami semua..

incik fayas - kalau rahim maarof..??
uncik ramli - rahim maarof nahi mungkar laaaa.. (muke yakin okeh..)
mister bapak - amal ma'aruf nahi mungkar laaaa.. kao neh sengal ke ape..

saya tak mampu nak berkata, hanya mampu ketawa berdekah-dekah.. uncik ramli siap sound saya lagi, beliau cakap "kau jangan gelak iz.." tapi dalam nada sound ituh, saya dapat rasakan getaran di suaranya kerana terlalu sedih akibat kesengalan diri beliau sendiri.. nada redha jelas kedengaran.. selepas ituh, kami berempat terus menuju ke MBO cinema, Harbour Place yang baru bukak ituh.. eksklusif okeh tempat dia.. teruja kejap, sampai lupe mau tangkap gambar.. hohoho~.. kami pun menonton cerita knight and day.. best cerita ituh..

p/s : apa lagi, uncik ramli jadi bahan lagi laahhh.. hihihi~.. malam yang menyeronokkan..

2 komen(s):

sheila said...

cian ramli, mentang2 dia xle bukak fb sbb xingat pswd.. huhuhu..

incik mumu said...

hahaha.. ako da cakap ngn die da ako nak post kat blog.. keh keh keh..