incik hammy

PERHATIAN !! PERHATIAN !! SILA BACA !!

ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

DARI SAYA,

Followers

Wednesday, June 30, 2010

..:: saya, kurus dan model ::..

wah.. harituh saya pergi la ke hQ.. sila ambil maklum bahawa saya kerja di luar bangunan hQ yer.. jadi, jika saya kata vtms, tu maksudnya tempat saya kerja.. jika saya kata ofis, maknanya saya merujuk kepada hQ saya.. ingat ya.. vtms = tempat saya kerja, ofis = hQ saya.. vtms = tempat saya kerja, ofis = hQ saya.. vtms = tempat saya kerja, ofis = hQ saya.. vtms = tempat saya kerja, ofis = hQ saya.. sudah sudah.. penat okeh nak ulang-ulang.. apa, ingat saya astro ke nak ulang tayang setiap lima minit..?? hihihi~..

okeh, berbalik kepada cerita asal, saya harituh pergi la ke ofis.. sedang saya berjalan ke jabatan saya, saya berjumpa lah dengan seorang rakan sekerja saya, tahu apa beliau cakap..?? "oi iz, kao macam da kurus je.. g gym ek.."

kurus macam ni kot.. hihihi~..

wah, mahu x kembang kuncup lubang idung saya time tuh.. seronok betol perasaan ituh okeh.. sila jeles.. bukan apa, sebelum ni, mereka cakap saya berisi sikit, tup-tup dah lama tak jumpa mereka, mereka perasan pula akan perubahan saya.. untuk perhatian, saya jarang ke ofis hQ yer.. saya pun tak perasan saya da kurus kot.. hihii~..

lepas tuh, satu hari tuh pula, saya ada la pergi ke rumah makcik saya, bapa mertua beliau meninggal, tuh yang saya datang melawat ituh, seluruh keluarga pun datang, makngah, pakngah, acu, pakcu, semua ada.. nak tahu apa mereka cakap..?? "along, along macam da kurus sikit laaa.. perut pun macam da kempis sikit.. " fuhhhh~.. kembang kuncup lagi saya time ituh.. sila jeles sekali lagi okeh..

macam nih laa kot rupe perut saya yang kempis tuh.. siap ader 6 pacx tuh..

ha, lepas tuh pula, saya ada laa cerita sama seorang rakan sekerja saya di vtms arituh.. saya cerita laaa berkenaan perkara-perkara tersebut.. beliau pula cakap macam ni.. "kao memang da kurus sikit, perut da kempis, tapi muke chubby okeh.." gulppp~.. okeh, anda semua sila jangan kutuk okeh.. berdosa mengata dan mengumpat orang.. tahu tak tuh..??

p/s : tak sabar betol rasanya nak jadik model.. rasa macam da nak hampir tercapai jek cita-cita ituh.. hihii~..

Tuesday, June 29, 2010

..:: pepatah agama uncik ramli ::..

hmmmm.. hmmmm.. eh eh.. terlupa pula.. saya tadi tuh tengah humming.. saje nak test vokal neh.. da lama juga tak test nih.. ternyata, masih berbisa.. okeh, sila jeles.. hihihi~.. ha, saya bukanlah nak cerita pasal suara, vokal, teknik nyanyian ke ape ke.. apa kejadahnya saya nak cerita pasal semua itu.. hihihi~.. kali ni, saya mahu cerita pasal uncik ramli lah.. uncik ramli sebenarnya merupakan subjek yang menarik untuk diceritakan.. beliau sangat suka membuat pelbagai perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada kami serumah.. kali ni apa pula yang uncik ramli telah lakukan..?? begini..

satu hari tuh, saya, incik fayas, uncik ramli dan mister bapak telah makan di pizza hut di pelabuhan klang ini.. ouh, baidewey, mister bapak merupakan rakan saya juga, beliau merupakan seorang ahli kastam yer.. kalau mau mintak belanja ke, mau mintak sain apa-apa ke, mau bunga api ke, mau henfon ke, mau kereta ke, bagitau saja sama beliau.. hulur la sikit, seratus dua ratus.. nescaya beliau takkan buat apa yang anda nak itu.. hahaha.. satu kosong.. kih kih kih..

okeh-okeh.. alkisahnya, kami berempat pergi lah makan pizza hut.. apa entah mimpi uncik ramli malam itu mau ajak kami makan pizza hut.. kami pun turutkan saje laaa kemahuan uncik ramli.. karang kalau tak diturutkan karang, mau beliau menangis-nangis sambil menghentak kaki ke lantai, susah pula mau tidur malam itu.. itu la sebab kami turutkan kemahuan beliau..

okeh.. inilah menu yang kami oder pada malam itu..

ni menu yang kami berempat da setuju mau makan.. hihihi~..

SWEET AND SPICY CHICKEN WING - menu tambahan yang uncik ramli oder

MEATBALL BOLOGNAISE - menu tambahan yang saya oder.. kih kih kih~..

mister bapak pula oder SKYJUICE sebagai menu tambahan.. nota tepi - siap refill lagi okeh..

setelah makan, kami pun bersembang, topik yang kami sembangkan agak serius ketika itu.. topik agama okeh.. halal haram, tuak dan sebagainya.. setelah berbincang sedikit sebanyak menambahkan ilmu agama di dalam dada, kami pun membuat kesimpulan begini..

incik fayas - kesimpulannya, kita hendaklah menegah perkara yang batil dan membuat perkara yang betul, jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.. tegah yang mungkar, buat yang ma'aruf..

uncik fayas memang macam ituh, kalau cakap, memang gaya ustaz, kalah ustaz akil hayy tuh, suami ustazah nur bayah pun kalah taw.. jangan main-main dengan incik fayas.. hehe.. kemudian incik fayas saja mahu membuat kesimpulannya tidak terlalu serius dengan bertanya kepada kami semua..

incik fayas - kalau rahim maarof..??
uncik ramli - rahim maarof nahi mungkar laaaa.. (muke yakin okeh..)
mister bapak - amal ma'aruf nahi mungkar laaaa.. kao neh sengal ke ape..

saya tak mampu nak berkata, hanya mampu ketawa berdekah-dekah.. uncik ramli siap sound saya lagi, beliau cakap "kau jangan gelak iz.." tapi dalam nada sound ituh, saya dapat rasakan getaran di suaranya kerana terlalu sedih akibat kesengalan diri beliau sendiri.. nada redha jelas kedengaran.. selepas ituh, kami berempat terus menuju ke MBO cinema, Harbour Place yang baru bukak ituh.. eksklusif okeh tempat dia.. teruja kejap, sampai lupe mau tangkap gambar.. hohoho~.. kami pun menonton cerita knight and day.. best cerita ituh..

p/s : apa lagi, uncik ramli jadi bahan lagi laahhh.. hihihi~.. malam yang menyeronokkan..

..:: si anak yang comel ::..

okeh2.. harituh mase 8/6 arituh cik puan hamster da beranak daa.. kali neh 2 ekor anak beliau.. satu itam, satu putih.. cik puan hamster dan encik hamster saya tuh putih, macam mana boleyh keluar yang itan pulak anak die yer..?? kadang-kadang musykil juga saya bila fikir pasal genetik beliau ni.. hihihi~.. entah-entah, cik puan hamster saya curang tak.. sebab harituh saya selalu nampak ader seekor tikus warna itam, selalu datang mengunjungi rumah saya.. saya rasa la, cik puan hamster saya curang nih.. musti die berprojek dengan encik tikus itam itu.. kawan-kawan serumah saya pun ada cakap kebarangkalian yang macam tuh juga.. hihihi~..

tapi ape-ape pun saya bukanlah nak kesah sangat pasal mereka curang ke tidak.. mungkin ada masalah rumah tangga yang melanda mereka kot, jadi saya malas nak campur, karang mereka cakap saya suka kacau tepi kain mereka pula.. jadi saya biarkan saje lah mereka setelkan sendiri.. okeh tak saya buat mcm tuh..?? hehehe..

eh da melalut da pula saya nih.. ha, nih nak tunjuk laa anak-anak hamster tuh.. harituh masa 8 haribulan harituh saya tak dapat la pula nak tunjuk, bukan niat nak sorokkan mereka, tapi karang takut mak mereka marah pula, takut beliau ingat, saya nak mendapatkan populariti murahan pula.. puas juga saya memujuk beliau agar dapat saya tunjukkan gambar anak-anak beliau yang comel itu kepada dunia.. sekarang da dapat kebenaran, saya tunjuklah.. hihii~..

comel bukan anak-anak mereka ini.. hihihi~..

p/s : nak suruh cik puan hamster ni mengawan lagi la dengan encik hamster.. okeh tak.. hihihi~..

Monday, June 21, 2010

..:: mari mengenal ::..

okeh.. kali ini saya akan menunjukkan beberapa benda yang mungkin kita musykil akan nama mereka.. jadi, untuk mengesahkan perkara tersebut, saya telahpun mendapat kepastian dan kesahan daripada uncik ramli.. uncik ramli ini merupakan seorang guru yang pakar berkenaan pelbagai perkara.. beliau merupakan seorang yang bestlah kerana tanpa beliau, maka sunyilah keadaan dan kehidupan saya sehari-harian di rumah itu.. bukan saya sahaja yang terkesan sekiranya uncik ramli tiada, malah seluruh isi rumah juga akan merasai apa yang saya rasakan..

baiklah.. untuk edisi permulaan yang saya namakan sebagai "marilah sertai kelas uncik ramli" ini, kita akan mengenali benda-benda penting.. mungkin benda ini tidak penting dalam hidup anda, tetapi ianya sangatlah berguna untuk sekadar mengetahuinya ya.. baiklah..

untuk edisi kali ini, yang saya nak tunjukkan ialah ini.....


ha, kalau anda terer sangat, tekalah apa binatang ini.. apa..?? itik..?? bukanlah.. bangau..?? pun bukan, bangau kan berkaki panjang.. haaaa.. tahukah anda apakah binatang yang saya jadikan subjek kali ini..?? pening dan runsing memikirkan apakah nama binatang ini..?? baiklah.. mari kita tanya kepada uncik ramli..

tukang soal - uncik ramli, apakah nama binatang ini..??
jawapan uncik ramli - hish, kao neh, ni pun tak tahu.. nama binatang ini ialah ULAR lah..
tukang soal - ye ke..?? begini upanya ular yer uncik ramli.. okeh uncik ramli..

ha, ape lagi, masukkan perkataan dan ilmu baru ini ke dalam kamus hidup anda.. jangan lupa buat sekali latih tubi yang uncik ramli bagi ituh.. tuh, latihan 3.2(b) - no 1(a), 3(c) dan 5(e).. jangan lupa pula nak buat ya.. hihihi~.. karang beliau buat spot check dan pop kuiz karang anda tak dapat jawab kang susah pula.. tak pasal-pasal kena repeat.. anda mahu ke repeat-repeat ni..?? haaa.. kih kih kih..

p/s : tak sabar mahu ke kelas yang seterusnya.. anda bagaimana..?? hihihi~..

Sunday, June 20, 2010

..:: sukma XIII melaka ::..

yay.. sukma kini sudah pun habis.. sukma yang saya maksudkan ini bukanlah sukmawati ataupun sukmakasturi yer.. sukma itu ialah sukan malaysia.. dan tahun ini merupakan tahun ke 13 penganjurannya dan kali ini sukan tersebut berlangsung di negeri Melaka yang terkenal dengan sejarahnya.. dulu saya juga selalu juga pergi ke Melaka ini, tapi bukanlah bertujuan untuk menjalankan aktiviti pra-sukma tetapi lebih kepada rombongan sekolah saya waktu kecil-kecil dahulu.. seronok betul masa itu.. dapat naik beca, tengok bangunan bersejarah dan juga perkara wajib ketika itu ketika berjalan-jalan ialah... membeli KEY CHAIN.. yay!! hihihi.. eleh, mcm lah anda tak pernah nak beli keychain masa dahulu.. bukan ada duit sangat pun nak beli benda lain.. kan kan kan..?? jangan tipu, dosa.. kih kih kih..

apa-apa pun, saya bukanlah nak carita pasal rombongan saya.. saya sebenarnya nak cerita pasal SUKMA tadi tuh yang saya cakap mula-mula tadi ni.. apa..?? tak tahu..?? tak perasan..?? hish.. cuba baca balik dari awal.. ada saya sebut awal-awal tadi.. cuba baca.. ....baca....baca....baca....baca.... ha, da baca..?? ada bukan..?? ingat saya tipu ke apa.. saya tak nak lah tipu-tipu, nanti kat akhirat kene potong lidah baru tahu.. ha.. kan takut.. dan saya dah melalut da nih.. saya nak cerita pasal sukma laaahhh.. okeh2.. sukma itu berlangsung di melaka pada tahun ini.. sudah masuk edisi ke 13 dah pun.. dah bujang da.. dah boleh masuk tingkatan 1.. entah berapa entah keputusan yang dia dapat dalam UPSR kan kalau SUKMA ni masuk sekolah.. hihihi~.. hurmmm.. dan keputusannya Terengganu menjadi juara keseluruhan dalam sukma edisi kali ini.. dan tahu siapa dapat nombor dua..?? selangor laaa.. hebat bukan selangor.. walaupun bukan juara, naib juara pun jadilah.. lagipun selangor dapat paling banyak pingat taw.. kalah terengganu.. nasib juara ikut kutipan emas.. kalau ikut kutipan pingat.. alamatlah terengganu nak merasa jadi juara.. hihihi~.. dapat no 5 lagi ada lah kalau ikut pingat taw.. jangan marah yerr orang terengganu.. dulu saya pernah belajar di terengganu.. terengganu best.. peace no war.. (perlu selamatkan diri dari dikeji nanti, hihihi).. hehehehe..

apa-apa pun, inilah result dan keputusan akhirnya..

tahniah kepada skuad ikan nemo yang comel.. nemo kan..?? betol x..??

selangor dapat baaaaanyak pingat.. kalau ikut pingat juara dah tuh.. hihi..

tahniah kepada kontinjen terengganu.. sudahlah dapat anugerah pelajar terbaik dalam akademik, dapat jadi juara lagi dalam sukma.. bila la selangor nak jadi macam itu.. apa-apa pun, kepada kontinjen selangor, usaha lagi di kejohanan sukma akan datang ya..

p/s : saya pun excited SUKMA juga.. SUKa MAkan.. kih kih kih..

Wednesday, June 16, 2010

..:: uncik ramli mempermainkan orang ::..

okeh.. hari itu saya ada cerita pasal uncik ramli kan..?? kali saya nak cerita lagi pasal uncik ramli.. hihihi~.. bukan apa, uncik ramli memang suka buat kami rakan-rakan tersenyum dengan telatah dan kerenah beliau.. okeh2.. macam ni ceritanya, suatu hari uncik ramli mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali.. mesej tersebut mengatakan bahawa uncik ramli telahpun memenangi sejumlah wang bernilai RM 20,000 hasil daripada undian rambang yang telah dilakukan oleh syarikat berkenaan.. baik sungguh orang malaysia ini kan..?? saya juga pernah menerima mesej yang serupa, terutama daripada akar kuat (yang ini saya translate dari power root, hehehe).. itulah saya cakap orang malaysia ini baik2.. berbalik kepada uncik ramli, beliau kata beliau tidak pernah pula memasuki mana-mana pertandingan.. sebenarnya uncik ramli seringkali dapat mesej yang serupa daripada pelbagai agensi lain juga.. oleh yang demikian, bagi mengesahkan mesej tersebut, uncik ramli tekad untuk menelefon nombor yang telah diberikan di dalam mesej tersebut.. perbualan di antara uncik ramli dan orang dari syarikat berkenaan adalah seperti berikut..

uncik ramli - halo, saya ramli.. tadi ada hantar mesej kata saya menang hadiah sejumlah RM
20,000 dalam cabutan bertuah yang telah dilakukan oleh anda..?? jadi saya nak pastikan, macam mana saya nak tuntut hadiah itu..??
mr x - ouh, uncik ramli yer.. (wahhh, ingat nama uncik ramli okeh..) benar.. kami telah jalankan cabutan bertuah secara rawak dan simkad uncik telah memenangi hadiah utama tersebut..
uncik ramli - ouh, bestnya.. (ramli siyes buat muka seronok~..) jadi macam mana saya nak tuntut hadiah itu..??
mr x - ouh.. kami boleh pindahkan wang tersebut ke dalam akaun incik ramli..
uncik ramli - ouh yeke.. bagus lah kalau macam tu..
mr x - jadi, uncik ramli ada akaun maybank..?? kami boleh transfer wang tersebut ke dalam akaun maybank incik..
uncik ramli - tak ada laa akaun maybank..
mr x - kalau macam itu, akaun cimb pun boleh.. kalau incik ada akaun cimb, saya akan buat pemindahan wang ke dalam akaun cimb incik..
uncik ramli - urmm.. saya juga tidak mempunyai akaun cimb la mr x.. (sebenarnya ada..)
mr x - urmmmm.. kalau macam itu, akaun apa yang incik ada..??

nak tahu apa uncik ramli jawab.. jeng jeng jeng.. dengan konfiden lemonnya uncik ramli pun menjawab..

uncik ramli - ha, boleh tak kalau pindahkan ke akaun KWSP saya..??

ha, macam ni lah konfiden muke uncik ramli masa cakap macam tu..

kah kah kah kah.. konfiden okeh uncik ramli jawab mcm tuh.. selepas daripada itu, saya tidak langsung pedulikan perbualan seterusnya.. terkikik kikik saya gelak.. ha..?? biar betul uncik ramli ni.. ada ka nak transfer ke akaun KWSP.. munasabah betul uncik ramli ini.. rupa-rupanya uncik ramli nak kenakan orang itu.. kerana beliau rasa mereka menipu beliau.. jadi beliau ambil keputusan untuk kenakan orang itu sebelum beliau dikenakan.. hihihii~.. bagus juga uncik ramli ini kan..??

p/s : uncik ramli juga seorang yang sangat konfiden okeh..

Tuesday, June 15, 2010

..:: sex in the bathroom ::..

arloowww.. hihihi~.. okeh2.. saya nak terus kepada cerita yang saya nak ceritakan di sini.. ceritanya begini.. cmana saya nak cerita ya.. oh ya, cerita dalam bentuk perbualan juga menarik untuk dikongsikan bukan..?? kong si kong si kong si ni, yap kong si kong si kong si ni.. la la la la la la la~.. dum dum cheng!! ehh..?? siap ader gendang cina lagi.. bukan itu laa.. itu gong xi gong xi, lagu terpakai ketika menyambut tahun baru cina lah.. anda neh.. buat saya terkejut je anda neh.. nanti kita sambut ramai2 ya.. bersabar laaa dulu.. hihihi~.. okeh, bacalah perbualan di bawah yer..

sedang saya melepak di bawah dengan uncik fayas dan uncik ramli.. tiba-tiba..
uncik ramli - iz, kao ada lagu best2 tak.. nak letak kat dalam fon laa.. korang asyik bising jek ringtone ako cm menggelabah ayam.. hehehe..
saya - tahu xpe.. kejap, ako cari di lappy yer..
uncik ramli - ha, ako nak lagu "sex in the bathroom".. ader tak..??
saya - sex in the bathroom..?? mane ader lagu itu laaa.. tak pernah dengar pon..
uncik fayas - ha'ah, mana ada lagu itu la ramli.. kao biar betol..
uncik ramli - ader laaa.. kao suke lagu itu.. siap nyanyi-nyanyi lagi..
saya - mana ada laaa.. tak pernah degar laaa.. kao ader pernah dengar ke fayas..??
uncik fayas - takder laa pulak ako pernah dengar.. betol ke ramli..??
uncik ramli - ader.. kita ada dengar lagu itu di tempat karaoke haritu.. kao pon selalu nyanyi lagu itu kalau bosan-bosan.. dalam kereta pun kao ada nyanyi.. penyanyi die kao minat sangat.. betul la iz..

time ni, sekali lagi uncik fayas mengkonfirmkan tajuk lagu dengan uncik ramli..

uncik fayas - lagu apa yang kao mahu ni ramli..?? ako betul punya tak pernah dengar laaa lagu sex int he bathroom tu..
uncik ramli - ada laaa fayas.. iz, kao cuba search dekat youtube, mesti ada..

dengan perkhidmatan streamyx yang ada di rumah itu, saya pun klik google chrome, klik pada bookmark youtube dan mula search "sex in the bathroom".. berkerut dahi saya kejap.. peluh jantan mula membasahi dahi.. tak puas hati dengan keputusan tadi, saya taip "bathroom" pula.. keputusannya..

saya - oi ramli, nih semua video porno laaa.. kao neh, kao nak tengok porno kan..
uncik ramli - tak laaa, betul la, nama lagu itu "sex in the bathroom"..
uncik fayas - cuba kao nyanyi sikit macam mana lagu itu, mana tahu kitorang baru dapat recall lagu apa..
uncik ramli - ako tak ingat laaa fayas.. hoho~..

sambil kami bertiga bertengkar dan sibuk membaling toto tilam bantal selimut dalam bentuk slowmotion untuk mendapatkan tajuk lagu itu (wah, baling selimut bantal bagai, macam dalam movie pula.. macam sleepover party pun ada, slumber party pun ada juga - yeke..?? entah, saya main taruh jek party ape pon.. hehehe) saya mencadangkan beberapa lagu kepada uncik ramli.. dia ada lah ambil beberapa lagu seperti bosson - one in a million dan lagi lagu apa entah lagi saya tak ingat.. ada la 2 3 buah lagu.. sebelum dia pilih, saya preview dulu sama dia.. yelah, takut juga kalau-kalau dia tak mampu menandingi citarasa saya dalam bermuzik ini.. hihihi~.. dan seterusnya saya preview lagu ini dekat uncik ramli..

hoo oo oo oooo oo oo oooo caught in a bad romance,
hoo oo oo oooo oo oo oooo caught in a bad romance,
rah rah rah ah ah, roma roma ma, ga ga ulala, want your bad romance,
rah rah rah ah ah, roma roma ma, ga ga ulala, want your bad romance..

uncik ramli - ha lagu ni laaa iz.. lagu ni la yang ako nak tadi.. apa nama tajuk lagu ini..??
saya dan uncik fayas - bad romance laaa sengal!!
saya - kan senang kao cakap jek lagu ringtone ako.. hish kao neh..

ketika ini, uncik fayas sudah menggenggam buku lalinya kerana tak tahan geram.. eh.. kejap-kejap.. macam ada yang tak kena je.. eh silap laah.. buku lima lah.. ader pula genggam buku lali.. nak buat apa pegang buku lali..?? ish.. anda neh, bukan nak betulkan saya.. tengok dan diam sahaja kalau saya silap.. hihihi~..

lepas itu, kami 3 orang terus bantai gelak sampai saya susah untuk saya tidur malam itu.. terkikik kikik saya gelak.. habes krem dan kejang perut dan pipi saya.. saya rasa dah ader six pack da perut saya ini akibat kikikan gelak malam itu.. tulang pipi juga macam da naik sikit, tak payah susah-susah nak cucuk botox la, vitamin c laa, apa laa.. hihihi~.. malam itu, habis uncik ramli menjadi bahan buangan dan cercaan saya dan uncik fayas.. penat je saya siap search di youtube semua.. cis..


inilah empunya lagu bad romance itu..

p/s : uncik ramli memang kelakar orangnya..

Thursday, June 10, 2010

..:: hishh.. pelik saya ::..

hish.. pelik saya.. macam mana yer mereka2 yang ada blog ni rajin sangat mengemaskini blog mereka.. sudahlah begitu, cerita2 hasil kemaskinian mereka itu sangat amatlah menarik perhatian saya sekali sebagai pembaca dan pengikut (jangan guna perkataan sangat, amat dan sekali dalam satu ayat, ia merupakan kesalahan dalam tatabahasa bahasa melayu yer).. geram juga saya kerana cerita2 yang mereka ceritakan itu kelihatan biasa saja, alah, saya pun boleh buat begitu kononnya.. tapi kalau sekiranya saya yang post, musti jadi macam cacai-bingai-sampah-rasa-macam-nak-jerit-jek-pada-semua-orang.. ha, takut.. takut.. ambek semua.. tuh kira saya dah habis mencarut lah tuh.. hihihihi~..

hish.. pelik saya.. saya ni kalau nak kemaskini blog saya, punyalah gigih nak memerah otak saya yang kiut ini, dan ini termasuklah serebrum, serebelum dan juga medula oblongata dan yang sewaktu dengannya yang berada di kepala saya ini..

ha, macam inilah sistem dan kedudukan otak saya.. anda pula bagaimana..??

tapi yang sebetulnya, saya tiadalah sampai nak memerah otak, apa gila ke saya nak perah otak saya.. apa, ingat otak saya ni kain ke nak buat perah-perah..?? nanti sudah habis diperah, nak suruh saya buat apa pula..?? jemur di tengah panas..?? sidai di ampaian..?? hihihihi~.. apalah anda ni.. Tuhan yang Esa itu sudah beri otak kepada saya, saya senang-senang pula mahu perah si otak.. saya tidaklah sekejam itu.. hihihihi~..

oklah, saya mahu teruskan sesi blogwalking (apa blogwalking dalam bahasa melayu yer, saya betul-betul tak tahu macam mana nak alihbahasa ke bahasa melayu).. hehehehe.. sambil-sambil itu, saya mahu mencari aidia untuk blog saya yang seterusnya.. susah betul mahu mencari aidia bukan..?? hishhhh~..

eh eh, saya sudah siapkan satu entry laaa.. waaahh.. hebat betul saya.. saya tahu, janganlah puji sangat.. malu dan segan saya (pipi saya sudah mula kemerah-merahan menahan malu)

lebih kurang macam ni lah saya blushing.. comel bukan..?? hihihi~..

p/s : bagi sokongan padu.. eh..??

Friday, June 4, 2010

..:: marilah bermain.. yeehaaaww!! ::..

ok.. saya akui, saya memang hantu internet.. hari-hari saya akan melayari internet.. dan saya memang selalu sangat menggunakan kemudahan laman sosial (saya translate dari perkataan social page) muka buku (yang mana saya translate dari perkataan facebook).. bukannya apa, saya juga mempunyai akaun friendster, tagged, myspace, dan lain-lain tetapi saya lebih gemar untuk menggunakan aplikasi laman sosial mukabuku ini kerana 3 sebab.. pertamanya, saya suka.. kedua, saya memang suka.. ketiga, dah saya suka, saya bukaklah mukabuku ini.. hihihi~.. ok lah, saya serius.. senang saja, kerana mukabuku ini mempunyai user interface (saya tak tahu nak translate jadi apa) yang sangat mesra atau saya lebih gemar kata sebagai friendly.. kikiki~..

selain itu, saya bukak mukabuku ini kerana saya gemar bermain permainan yang ditawarkan di mukabuku ini.. berbagai-berbagai jenis permainan dapat dimainkan di sini.. di sini, saya lampirkan beberapa jenis permainan yang saya selalu mainkan apabila saya berada di atas talian.. di atas talian..?? ish.. maksud saya, online.. susah betul laaahh anda ni.. hihihihi~..

bowling buddies - saya ni bukanlah pemain bowling yang bagus, tapi bolehlah kalau setakat nak baling-baling bola ni.. bukan susah pun.. baling je lah, pakai tetikus je pun.. kalau semasa kawal tetikus tuh tiba-tiba melatah "opocot mak kau pergi pasar menggatal dengan apek jual ikan", memang ke longkanglah jawabnya bola itu.. tengok ranking tuh, saya nombor 4 taw.. kewl kan..?? hihihi~..

seterusnya, saya juga akan merancakkan perniagaan restoran saya ketika bermain restaurant city.. memang best, terasa macam mengendalikan restoran sendiri pula.. yang best lagi sebab saya dapat suruh kawan-kawan saya jadi pencacai saya di sini.. padan muka mereka.. kikikiki~.. fuh, lepas ni bolehlah saya buka restoran sendiri.. dan saya mula berangan..

selain itu, saya juga akan mengusahakan ladang yang saya ada hasil dari tanah pusaka turun temurun yang telah diberikan kepada saya dalam permainan farmville.. seronok sungguh saya bermain permainan ini.. hal ini kerana, walaupun saya mengusahakan ladang yang besar, dan ternakan yang banyak, tetapi di dalam itu, saya tetap tersenyum lebar, tidak berpeluh pun saya, tetap maintain (yang ini pun saya tak tahu macam mana nak translate).. pulangan juga lumayan.. lihatlah duit saya itu, saya sudah jutawan dengan berladang sahaja.. anda bila lagi..?? hihihi..

ha, saya juga mempunyai bandar sendiri.. saya juga menguruskan bandar saya sendiri di social city, dan ini bermakna, saya yang merancang pembangunan bandar yang saya mahukan ini.. ada balai polis, balai bomba, pasaraya, pusat boling, pawagam dan sebagainya.. jangan risau, polis saya tidak akan menembak orang awam sewenang-wenangnya.. jadi, saya telahpun mewujudkan suasana yang aman, tenteram dan selesa untuk didiami.. fuh, besar juga jasa saya kepada mereka.. kikiki~..

saya juga mempunyai binatang peliharaan yang saya bela di petville.. sangat seronok, tengoklah, comel bukan..?? untuk perhatian, itu merupakan bilik tidur beliau.. cantik dan selesa bukan..?? ada tv, pemain dvd dan sebagainya yang tidak dapat saya bgtahu di sini.. oh ya, beliau ada minta psp, tapi saya belum belikan lagi.. saya tak mahu manjakan beliau sangat.. tapi saya tahu, saya seorang penjaga haiwan yang baik.. jangan la puji saya sangat, malu dan segan saya.. hihihi~..

selain itu, saya juga kini gigih berlatih salah satu seni mempertahankan diri yang terkenal di zaman dahulu kala iaitu seni ninja di dalam ninja saga.. saya rasa sangat kuat sekarang.. siapa2 berani membuat onar dengan saya, siaplah.. nampak apa yang berlaku di gambar tersebut..?? ha, kalau tak mahu kena seperti itu, janganlah berumah di tepi lautan.. ha..?? hihihi~..

dan ini pula saya belajar secara rahsia di akademi seni kebangsaan.. hah..?? gurau je.. rilek lah.. keh keh keh.. game ini dinamakan wild one.. memang sangat liar permainan ini.. saya nasihatkan, sesiapa yang mempunyai sakit jantung, tekanan darah rendah, migrain melampau janganlah duduk sahaja.. cubalah bermain permainan ini.. nescaya dapat mengurangkan apa-apa yang anda rasakan itu.. kalau tidak kurang juga, janganlah salahkan saya, manalah saya tahu apa yang boleh mengurangkannya, kerana saya bukanlah doktor.. hihihi~..

p/s : bermain permainan dapat mengurangkan tekanan.. jadi, biarkanlah anak anda bermain.. ehh..?? (^_^)v

Thursday, June 3, 2010

..:: si botak hijau yang bukan toyol ::..

malam tadi saya dan rakan serumah saya bernama incik fayas sekali lagi berpeluang menonton wayang.. kali ini kami bertekad untuk menonton cerita SHREK THE FINAL CHAPTER : FOREVER AFTER (betol ke tajuk dia..?? lantaklah.. hihihi~).. no arguement about that, the decision is final!! (woahhh, sempat spiking landen yerrr).. anyhow (ceh, anyhow..) cerita itu saaaangat best untuk ditonton di kala anda menghadapi hari-hari yang sukar.. contohnya seperti sekiranya anda menghadapi masalah seperti baru dimarahi bos.. sekiranya anda tertekan kerana anda belum lagi menyiapkan esaiment yang sudah hampir tarikh luputnya (saya panggil begitu, anda..??), anda juga boleh menonton filem ini.. selain itu, sekiranya anda tertekan kerana tidak lulus dalam semua peperiksaan SPA, maka cerita ini merupakan cerita yang paling sesuai untuk ditonton oleh anda.. saya berani jamin ia sesuai kerana di awal cerita, terdapat ayat ini..
"untuk tontonan umum, sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. filem ini mengandungi unsur-unsur yang mengamalkan nilai-nilai sopan..........."
errrr.. dan lagi saya tak ingat.. betul saya tak ingat.. anda kenalah menonton cerita ini untuk mengetahui apa yang ditulisnya.. tapi betul, terdapat ayat tersebut di permulaan cerita.. hehehe~.. walaupun tidak tercatat samada ianya sesuai bagi meredakan emosi atau tidak, tapi, saya rasa ianya sesuai la untuk ditonton oleh anda.. sekiranya anda tiada masalah pun anda boleh menonton cerita ini.. tiada halangan.. bayar sahajalah tiketnya.. hihihi~..

ok.. cerita ini secara dasarnya (saya translate dari perkataan basically) bermula apabila watak utamanya iaitu shrek membuat perjanjian bersama rumplestiltskin di mana, shrek tidak mengetahui perjanjian tersebut penuh dengan muslihat.. pada mulanya semua berjalan lancar untuk shrek tetapi apabila shrek perasan ada sesuatu yang tidak kena pada.............jeng jeng jeng........... anda kena tengoklah cerita ini.. saya tak mahu cerita.. karang orang kata saya spoil pula nanti.. kikikiki~.. tetapi ader macam gaduh-gaduh sikit di antara puak baik hati (ogre berwarna hijau) dan puak tamak haloba (golongan ahli sihir).. seronok taw tengok cerita ini.. donkey dan puss juga menyeronokkan.. kalau saya seronok, anda semua mesti seronok.. sekiranya ramai yang menonton cerita itu, maka anda akan berasa beronok-ronok juga masa tengok cerita ini.. hehehehe~..

ouh, saya sedang praktiskan satu skil yang saya rasa sangat menarik yang saya temui dalam cerita ini.. disebabkan saya belum mahir lagi, jadi saya lampirkan bahan rujukan saya iaitu......

the-so-adorable-saya-nak-cubit-pipi-menatang-ni iaitu.. MR PUSS IN BOOTS!! yay.. hihihi~..

comel bukan..?? saya buat lagi comel rasanya~.. hihihi~..

ouh lupa pula saya.. kerana cerita ini memang santai, sempoi dan syiok (saya menggunakan pendekatan 3S di sini yerrr), maka saya bagi 8/10 untuk cerita SI HIJAU YANG BUKAN TOYOL edisi akhir ini.. bom bom kebabom dushum dushum eiiiiiii~ buuummmm.. (konon-konon ada efek bunga api).. sekian, terima kasih..

p/s : cerita patung mainan (toy story) ialah cerita yang akan saya tengok pula nanti.. terasa muda pula bila menonton cerita-cerita sebegini~.. hihihi~..

Tuesday, June 1, 2010

biar betol incik..

tanggungan bulanan saya pada bulan ini adalah seperti berikut:

penggunaan perkhidmatan ASTRO yang menyiarkan siaran berulang-ulang dan bayaran bagi rumah sewa yang diduduki - RM100;

pembayaran hutang kereta yang "sungguh-baik-hati-jasamu-dikenang" kepada bank islam oleh saya - RM650;

penggunaan perkhidmatan talian telefon yang tidak kurang hebat jenamanya iaitu meksis dan selkom - RM 200 (meksis RM100, selkom RM100);

pembayaran komputer riba secara ansuran kepada ayah saya (yang mana menunjukkan bahawa ayah saya merupakan ceti di dalam rumah saya, hihihi~) - RM180;

pembayaran penggunaan kredit kad saya yang berjumlah beribu riban, maka dengan itu, tapi saya dengan rilek dan kewlnya hanya membayar - RM700 (take it or leave it, mr banker!) hihihihi~;

pembayaran hutang pinjaman pendidikan yang saya lakukan pada waktu dahulu, (menyesal saya tak belajar pandai-pandai, kalau tidak, musti beratur yang mahu sponsor saya.. waaahhh) tetapi, apa pun, "terima-kasih-jasamu-sentiasa-dalam-medula-oblongata" - RM100;

penggunaan makanan merangkap bahan bakar kereta saya - RM300; dan juga

penggunaan kemudahan internet jalurlebar berjenama strimiks - RM 130

jumlah kumulatif pada akhir kiraan dan perhitungan adalah sebanyak RM 2,360.. mak aih, biar tipu saya ni (asyik pakai biar betul jek, saya nak tukar sekali sekala), banyak betul penggunaan bulanan saya pada bulan ini.. matila saya, mana nak cari duit nak menampung semua hutang ini.. nak kene pinjam Along ka (tapi saya pun along juga), nak pinjam FAMA ka (merujuk kepada FAther and MOther), atau mau mintak tolong sama MAS ka (Mak Ayah Support).. macam mana ni..??

ouh, tapi jangan bimbang.. lupa pula, saya kan bekerja, jadi bolehlah saya menggunakan hasil pendapatan saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang saya ini.. lupa pula saya.. tapi saya xpanik taw.. saya pening saje.. kikikiki~..

p/s - fuh.. saya muke jek cuak, tapi haiti (eh hati ke, haiti, hati laaa) kewl jek.. ke, muke kewl, tapi hati cuak..?? matilaa konfius.. hihihihi~..